Sunday, January 23, 2011

Tahun Baru Cina

Pada minggu ini saya akan mengetengahkan mengenai suatu perayaan yang wujud di Malaysia.Perayaan ini disambut oleh kaum cina yang menganuti agama Buddha dan perayaan ini dinamakan Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai...



 Naga amat simbolik dengan kaum cina,Kaum Cina selalu menyebut "keturunan naga" sebagai lambang identiti etnik.


Yuanbao emas atau jongkong emas melambangkan wang atau kemewahan.Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.


Herba-herba tradisional cina,digunakan dalam masakan dan perubatan sejak dahulu hingga sekarang...


Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.


Sunday, January 16, 2011

(: LANGKAWI :)


 
* PENGENALAN *
 
  • LANGKAWI merupakan salah satu daripada daerah yang terdapat dalam negeri KEDAH DARUL AMAN.
  • Langkawi merupakan salah satu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan pulau yang terbesar.
  • Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).
  • Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987 oleh Tun Dr Mahathir b Mohamad. 
  • Kini Langkawi  dikenali sebagai Langkawi Geopark.
  • Pulau ini kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silamnya telah menjadikannya sebagai salah satu dari destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia....
  • Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri,mitos, dan lagenda.Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
§  Gergasi bertarung
§  Pulau Dayang Bunting
§  Mahsuri
§  Puteri Dayang Sari
§  Telani & Telanai
§  Geroda & Jentayu
§  Telaga Tujuh
 
* 5 W 1 H *
  • Gambar ini dihasilkan pada cuti semester 2010 yang lalu, destinasinya adalah DATARAN HELANG, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia...
  • Tujuan penggambaran adalah untuk memperkenalkan Pulau Langkawi kepada para pembaca Blog ini. Selain itu, saya akan menerangkan bagaimana Pulau Langkawi mendapat namanya...
  • Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi".
  • "Lang" diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu Helang.
  • Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi.
  • Kawi bererti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.
  • Kawi juga bererti tulisan kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa.
  • Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi.
  • Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. 
  • Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
  • "Kawi" dalam Bahasa Sanskrit ialah guli, dimana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia.
  • Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
  • Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).