Sunday, January 16, 2011

(: LANGKAWI :)


 
* PENGENALAN *
 
  • LANGKAWI merupakan salah satu daripada daerah yang terdapat dalam negeri KEDAH DARUL AMAN.
  • Langkawi merupakan salah satu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan pulau yang terbesar.
  • Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).
  • Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987 oleh Tun Dr Mahathir b Mohamad. 
  • Kini Langkawi  dikenali sebagai Langkawi Geopark.
  • Pulau ini kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silamnya telah menjadikannya sebagai salah satu dari destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia....
  • Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri,mitos, dan lagenda.Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
§  Gergasi bertarung
§  Pulau Dayang Bunting
§  Mahsuri
§  Puteri Dayang Sari
§  Telani & Telanai
§  Geroda & Jentayu
§  Telaga Tujuh
 
* 5 W 1 H *
  • Gambar ini dihasilkan pada cuti semester 2010 yang lalu, destinasinya adalah DATARAN HELANG, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia...
  • Tujuan penggambaran adalah untuk memperkenalkan Pulau Langkawi kepada para pembaca Blog ini. Selain itu, saya akan menerangkan bagaimana Pulau Langkawi mendapat namanya...
  • Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi".
  • "Lang" diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu Helang.
  • Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi.
  • Kawi bererti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.
  • Kawi juga bererti tulisan kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa.
  • Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi.
  • Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. 
  • Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
  • "Kawi" dalam Bahasa Sanskrit ialah guli, dimana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia.
  • Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
  • Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

1 comment:

  1. Ha..
    saya dpat banyak maklumat daripada caption. tapi gambar biasa saja..banyak gambar ini yg lebih menarik saya pernah tengok..
    cuba lagi. Nextime caption tak perlu panjang.
    tk

    ReplyDelete