* PENGENALAN *
- LANGKAWI merupakan salah satu daripada daerah yang terdapat dalam negeri KEDAH DARUL AMAN.
- Langkawi merupakan salah satu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan pulau yang terbesar.
- Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).
- Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987 oleh Tun Dr Mahathir b Mohamad.
- Kini Langkawi dikenali sebagai Langkawi Geopark.
- Pulau ini kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silamnya telah menjadikannya sebagai salah satu dari destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia....
- Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri,mitos, dan lagenda.Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
§ Gergasi bertarung
§ Pulau Dayang Bunting
§ Mahsuri
§ Puteri Dayang Sari
§ Telani & Telanai
§ Geroda & Jentayu
§ Telaga Tujuh
* 5 W 1 H *
- Gambar ini dihasilkan pada cuti semester 2010 yang lalu, destinasinya adalah DATARAN HELANG, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia...
- Tujuan penggambaran adalah untuk memperkenalkan Pulau Langkawi kepada para pembaca Blog ini. Selain itu, saya akan menerangkan bagaimana Pulau Langkawi mendapat namanya...
- Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi".
- "Lang" diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu Helang.
- Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi.
- Kawi bererti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.
- Kawi juga bererti tulisan kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa.
- Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi.
- Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi.
- Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
- "Kawi" dalam Bahasa Sanskrit ialah guli, dimana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia.
- Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
- Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).


